CONTOUR®PLUS

Sistem CONTOUR®PLUS bukan sahaja sedia untuk diuji terus daripada kotak, tetapi juga memberi anda peluang kedua yang anda perlukan semasa menguji, untuk membantu mengelakkan pembaziran jalur ujian dan wang.

Ciri-ciri Produk

  • Mudah digunakan
  • Sedia untuk diuji terus daripada kotak
  • Ciri Pensampelan Second-Chance®: Boleh mengurangkan kekecewaan kerana perlu menusuk jari sekali lagi1
  • Keputusan yang sangat tepat2. Sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR®PLUS telah menunjukkan ketepatan, walaupun selepas menambah lebih banyak darah pada jalur ujian yang sama3

Mengapa memilih CONTOUR®PLUS?

Test in three simple steps

Uji dengan cara yang mudah dan intuitif

Tiada penetapan awal diperlukan. Paparan besar dan butang yang mudah digunakan.

Second-Chance Sampling

Satu jalur ujian. Dua peluang

Ciri pensampelan Second-Chance® mengingatkan anda untuk menambah lebih banyak darah pada jalur ujian yang sama apabila sampel pertama tidak mencukupi, tanpa perlu menusuk jari anda sekali lagi.4

Accuracy symbol

Sangat tepat

Bukan semua meter glukosa darah menawarkan ketepatan yang sama.5 Sistem CONTOUR®PLUS telah terbukti memberikan margin ralat ± 10 mg/dl atau ± 10% dalam julat keseluruhan.*2

Cara penggunaan

Anda hanya 3 langkah dari keputusan yang sangat tepat2.

Langkah 1

Masukkan jalur ujian CONTOUR®PLUS dan meter akan dihidupkan.

Langkah 2

Segera tambah darah ke jalur ujian.

Langkah 3

Keputusan anda dipaparkan (selepas menandakan sebagai berpuasa, sebelum/selepas makan atau tiada nota)..

Berfungsi Dengan

Jalur ujian CONTOUR®PLUS, kotak berisi 50 (2x25) atau 25 jalur

Alat cucuk MICROLET®NEXT dengan jarum MICROLET®

Hubungi kami

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang salah satu produk kami? Layari halaman hubungi kami.

*Hasil daripada analisis sistem CONTOUR®PLUS menunjukkan bahawa 100% (198/198) daripada keputusan untuk sampel dengan kepekatan glukosa <5.55 mmol/L berada dalam lingkungan ±10% daripada keputusan YSI dan 99.5% (400/402) daripada keputusan untuk sampel dengan kepekatan glukosa ≥5.55 mmol/L berada dalam lingkungan ±10% daripada keputusan YSI.2

Sebelum penggunaan, sila rujuk panduan pengguna CONTOUR®PLUS untuk arahan lengkap.

1. Market Research Ascensia Diabetes Care, Hall & Partners online market research, conducted April/May 2015.
2. Caswell M et al. Diabetes Technol Ther. 2015 Mar;17(3):152-8.
3. Wu H-P et al. Performance of a New Algorithm for Sample Re-application During Blood Glucose Test Strip Underfill Conditions. Poster presented at the 15th Annual Canadian Diabetes Association, October 10–13, 2012, Vancouver, British Columbia, Canada.
4. CONTOUR®PLUS BMGS User Guide, July 2018. 5. G Freckmann et al. User Performance Evaluation of Four Blood Glucose Monitoring Systems Applying ISO 15197:2013 Accuracy Criteria and Calculation of Insulin Dosing Errors Diabetes Ther (2018) 9:683–697