CONTOUR®PLUS ONE

Meter glukosa darah CONTOUR®PLUS ONE menawarkan sambungan yang lancar ke aplikasi CONTOUR®DIABETES untuk merakam semua bacaan glukosa darah anda.

Ciri-ciri Produk

  • Mudah & Intuitif
  • smartLIGHT® untuk pemahaman yang lebih mudah tentang tahap glukosa darah1
  • Ketepatan yang tinggi2
  • Boleh menjimatkan jalur dengan teknologi Persampelan Second-Chance®
  • Bersambung ke aplikasi CONTOUR®DIABETES secara percuma

Kenapa memilih CONTOUR®PLUS ONE?

Easy To Use. Fast Results

Kenapa memilih CONTOUR®PLUS ONE?

Mudah untuk disediakan dan mudah untuk digunakan. Dapatkan keputusan anda dalam masa 5 saat. Untuk pesakit yang inginkan meter yang mudah untuk digunakan yang bersambung dengan lancar ke telefon pintar mereka bagi membantu mereka menguruskan diabetes mereka, dengan lebih pintar.

smartLIGHT For Easier Understanding Of Blood Glucose Levels

Terokai smartLIGHT® untuk pemahaman yang lebih mudah tentang tahap glukosa darah1

Ciri smartLIGHT® yang unik menjadikannya lebih pantas dan mudah untuk mentafsirkan bacaan glukosa darah menggunakan lampu berwarna yang megenal pasti dengan jelas jika bacaan melebihi, dalam julat atau di bawah julat sasaran anda.

Highly Accurate

Ketepatan yang tinggi2

Sistem CONTOUR®PLUS ONE melebihi keperluan ketepatan yang minimum bagi standard ISO 15197:2013* 2,3

Saves Strips With Second-Chance

Menjimatkan jalur dengan teknologi persampelan Second-Chance®

Persampelan Second-Chance® membolehkan anda menggunakan semula lebih banyak darah pada jalur uji yang sama apabila sampel yang pertama tidak mencukupi1, bagi membantu anda mengurangkan pembaziran jalur.4

Connects To The Free CONTOUR DIABETES App

Bersambung ke aplikasi CONTOUR®DIABETES secara percuma

Aplikasi CONTOUR®DIABETES yang percuma tersedia untuk menyokong pengurusan kendiri diabetes, menambah pemahaman dan makna kepada keputusan.

Mudah digunakan: Penyegerakan automatik dengan meter untuk memuat naik semua bacaan glukosa darah kepada diari elektronik.

Mudah difahami: My Patterns membantu mengenal pasti trend dalam keputusan glukosa darah dan memaparkan pemberitahuan sebab-sebab yang berpotensi.

Mudah untuk dikongsi: Laporan diari gula darah boleh dihantar sebelum, atau dikongsi semasa, janji temu dengan ahli profesional penjagaan. kesihatan

Aplikasi CONTOUR®DIABETES menggunakan pengawal yang sesuai bagi memastikan data peribadi anda diproses dengan selamat dan mematuhi undang-undang yang berkenaan.

Periksa untuk lihat jika sistem pengendalian telefon pintar anda adalah serasi

Cara penggunaan

Anda hanya sejauh 3 langkah daripada 1 keputusan tepat yang luar biasa.

Langkah 1

Masukkan jalur uji dengan bahagian hujung empat segi kelabu menghadap meter (ini akan menghidupkan meter secara automatik).

Langkah 2

Tambah darah pada jalur uji dengan segera.

Langkah 3

Keputusan anda dipaparkan (selepas ditandakan sebagai berpuasa, sebelum / selepas makan atau tiada nota).

Video Arahan

Bekerja dengan

Jalur CONTOUR®PLUS, kotak 50 atau 100 jalur

Aplikasi CONTOUR®DIABETES, pada telefon pintar atau tablet iOS atau Android anda**

Peranti lanset MICROLET®NEXT dengan lanset MICROLET®

Soalan Lazim

Adakah anda mempunyai soalan berkaitan dengan meter glukosa darah CONTOUR®PLUS ONE? Lihat Soalan Lazim kami di sini.

Hubungi kami

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang salah satu daripada produk kami? Lawati halaman hubungi kami.

Panduan pengguna

pdf-svgrepo-com.svgCONTOUR®PLUS ONE

 

Please consult your healthcare professional for interpretation of result and diagnosis.

*95% daripada nilai glukosa yang diukur perlu berada dalam julat sama ada ±15 mg/dL(±0.83 mmol/L) daripada nilai ukuran purata bagi prosedur ukuran rujukan pada kepekatan glukosa <100 mg/dL(<5.55 mmol/L) atau dalam julat ±15% pada kepekatan glukosa ≥100 mg/dL(≥5.55 mmol/L). 99% daripada nilai ukuran glukosa individu perlu berada dalam zon A dan B bagi Consensus Error Grid (CEG) untuk diabetes jenis 1.3

**Pada peranti Android atau iOS yang serasi. Untuk senarai peranti yang serasi, sila lawati compatibility.contourone.com

1. CONTOUR®PLUS ONE BGMS User Guide Rev 09/17.
2. Bailey TS. J Diabetes Sci Technol 2017 Jul;11(4):736-743.
3. International Organization for Standardization. In vitro diagnostic test systems - requirements for blood-glucose monitoring systems for self-testing in managing diabetes mellitus (ISO 15197). International Organization for Standardization, Geneva, Switzerland, 2013.
4. Richardson JM et al. Clinical Relevance of Reapplication of Blood Samples During Blood Glucose Testing. Poster presented at the 20th Annual Diabetes Technology Meeting (DTM); November 12-14, 2020.

Registered under Act 737 and MDA registration no IVDC 33901325718
MD Advertisement approval number: MDAMD 0181/2023